follower tercayunk

Wednesday, August 31, 2011

Sunday, August 28, 2011

pantun raya versi loghat negeri


assalamulaikum...

bila time raya mesti buntu nak hantar sms pantun raya apa untuk kawan2..
betul tak??
asyik main pantun anak lembu,anak bulan jew..
apa kata kita cuba pulak pantun raya versi loghat negeri ni..
sesuai la untuk hntar dekat kawan2 mengikut negeri masing2 ni...


Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar?
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicoh cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung suke

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

perlis..
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


***kalau anis hok kelantan n selangor/wilayah persekutuan tu..hehe



disini anis nak ucapkan

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN "

kepada saudara mara, rakan2, followers dan readers yang sudi singgah n baca blog anis yang simple ni..
maaf sekiranya ada penulisan anis sebelum2 ni yang agak kasar dan menyinggung perasaan orang lain..
mana tau tergewdik ke hape en...
smpai menyampah nak baca blog anis ni lagi..hehe..
harap tak ada la...
maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki yew.. :)




Tuesday, August 23, 2011

mimpi dipatuk ular, apakah maknanya?

kalau ular comel ni yang patuk takpe lagi..heheh

baru-baru ni aku ada termimpi dipatuk ular..
serius cakap memang scary btul mimpi tu..
belum pernah lg seumur hidup aku mmpi seburuk tu,
sampai aku terjaga dr tdo dalam keadaan tercungap2 dan jantung berdegup kencang..huhu
rasa mcm betul2 bergelut n dipatuk ular la..

lepas je dpt mimpi tuh,
aku rasa tak sedap hati..
aku terus google utk cari apa makna disebalik mimpi tu..
macam2 jawapan yang aku jumpa..
tapi tak boleh nk percaya sangat la..

kalau dulu, orang lama selalu cakap..
‘kalau mimpi kena patuk ular, tandanye ada orang nak datang meminang’.

huh????
yang ni aku tak percaya..
mcmne la pulak ada orang nak masuk minang aku..??~
budak mentah lagi kot aku nie..
baru 18tahun.. :P
belajar pun tak habis lagi..
hahaha
p/s : kalau dah jodoh tak kemana..

antara yang lain ialah..
‘kalau mimpi kena patuk ular, tandanye orang tu terkena sihir atau buatan syaitan’.

ini menurut pengalaman ustaz2 yang mengubati orang sakit yg terkena sihir atau buatan syaitan..
semua orang tahu yang ular pun dah menjadi lambang kepada ilmu sihir.
mcm voldermort dengan ular peliharaannya dalam cite harry potter..ngeh2 =.=
wallahu'alam..
minta dijauhkan la ye benda2 yang tak elok ni..

mimpi adalah mainan syaitan

apa-apa pun mimpi kesemuanya berasal daripada Allah..
jadi tak payah nak seronok sangat la dapat mimpi patuk ular tu yew.. ;)


Tuesday, August 16, 2011

aku dan lesen L :(


aku belajar memandu dekat driving academy terkemuka dekat area rumah aku..
boleh kata agak famous la dekat area lembah kelang nie..
plus plak harga and pakej dorang yg berpatutan..
memang berduyun la yang nak belajar memandu dekat sana..


sila baca tanpa jemu..


nak dijadikan kisah..
aku lambat sikit mendaftar kat sekolah memandu..
biasa lah..'mahu tapi malu'..bukan apa..
aku ni kalau bab2 duit nak mintak dekat parents memang aku jadik penyegan.. =.=
plus pulak benda2 yg brapa nak penting n xurgent mcm ni..
lagi la aku wat derkkk n macam nak xnak jep..

dalam bulan6 mcm tu baru la parents offer dekat aku..
tu pun ambil masa sikit..
nak survey2 harga n tmpt sekolah memandu dekat area lembah kelang ni dulu..
lastly, daftar jugak dekat driving academy yang aku belajar sekarng nie..
faktor2 aku pilih driving academy ni pun sebb pertama,tempat belajar uh paling terdekat dengan rumah if compare ngn tempat belajar lain yg tercampak kt kajang, bangi, shah alam sll..
kedua,harga n pakej dorang yang sangat berpatutan..rm1070 untuk lesen motor n kereta..harga student..belajar smpai lulus*ko fail byk kali pun xyah charge lg tuk retest..n 12 jam belajar..*haaa..murah kan???

tapi betul la kata orang, mula2 uh semua nya indah..
t**k hidung pun rasa mcm cokelat hacks.. =.=''
i have been so excited nak belajar motor n kereta..
xsbar nak dpt lesen la katakan..
perkara pertama sbelum nk dpt lesen mustilah pergi kelas kpp,5jam..
ok la..duduk dlm kelas pasang telinga jep..hoho
lepas seminggu kelas kpp, ambil ujian bhgian 1,ujian berkomputer..
aku yg ala2 skema nie,mang menelaah la buku kpp uh stiap masa..
finally on dat day (ujian berkomputer), aku dpt 47/50..LULUS la..!!
jawab dalam masa 11 minit je..dengan konfidennya..haha :D

dah lulus ujian bhgian 1, maknanya....dpat la lesen L.!
tp nak tunggu lesen L uh ciap ambil masa dalam 2minggu..
bg aku masa 2 mnggu untuk ciap lesen L mang sangat lama....
lau tempat korang bpe lme untuk siap lesen L??
nie pun siap awal sikit dari sperti yg dijanjikan, 1mnggu setengah..
maka bermula la proses booking membooking..huhh
klu tempat belajar korang macam mana ye korang punya jadual belajar??
instructor korang ke yang tentukan jadual??or korang ckp je korang nak belajar bile??
klu tempat belajar aku nie dorang flexible..
*perghhhh flexible la sgt..
untuk belajar kereta kena booking tarikh 1 @ 2 mnggu lebih awal..
untuk motor pulak kena booking 3hari lebih awal include transport..
itu pun belum tentu akan dapt tarikh n masa yg korng nak sebb jadual instructor mang padat sesgt..
nasib baik la aku 'menanam anggur' je kt rumah..klu tidak musti dah jenuh aku nak booking tarikh belajar uh..huhu

untuk test jpj pulak, lesen L kne hidup selama sebulan dulu..
lau lesen hidup 18/7, selepas 18/8 bru boleh nak test jpj..
sementara tnggu tarikh belajar kereta, aku pergi belajar motor dulu..
actually aku xpnah pun bwk motor sebelum ni..
aku ambil lesen motor ni pun sbb nak belajar motor n bile dah dpt lesen motor nnt boleh la aku gunakan motor kt U memandangkan next sem aku da start kena dok luar..huhu
nk bwk kereta kt U tu mang harapan la..~
dua2 kereta kt rumah parents n akak aku guna ..

tapi xsangka pulak, nampak je macam senng nak bwk motor..
tp untuk org yg xpnah bwk motor macam aku ni, mang susah la jugak..
lagi2 bila nak start motor tuh, aku rase mcm xkuat jew nk start motor... T_T
sampai lebam2 kaki aku tuh n melecur kena ekzos panas..
hahaha..mcm lawak jew kan.~ tp tu la realitinya..
xtahu la sebb saiz atau ketinggian menjadi faktor..huhu
n akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti belajar motor buat sementara..
fokus belajar kereta dulu..

jadual belajar kereta aku pun slow jep cm siput babi...huk2
takut la xsempat test jpj b4 msuk U nnt..
slalo lau proses dapatkan lesen ambil masa 1bulan lebih jep..paling lama pun 2bulan..
instructor kereta yg aku dpt uh baik la jugk..tp tegas n kekdng moody..
lagi2 klu dpat student yg degil mcm aku nie...lalala~

instrucutr : angkat clush perlahan2..!! awak lepas clutch la jadik mati enjin nie.! aishhhh...~
aku : ...............................

instructor : ishhh..awak nie...~ saya dah xtahu nak cakap pe lg dengan awak..
aku: ..............................

instructor : sy pening la dengan awak nie..~ awak tahu tak salah awak??!
aku : .......tahu.....encik......

huhu..nak nangis wooo kena marah2..dah la sentitip..hahaha
maafkan sy encik, kalau sepanjang encik mengajar sy, sy memang degil n susah nk diajar..~ =.=

n finally lepas abes sume latihan kereta aku selama 12jam dan pra ujian..
test jpj time.!!
pada mulanya tarikh test jpj yg dibooking ialah 24/8..
waaa..teruja dalam ketakutan..huk2
tp kannnnn..................
baru2 nie ada kakitangan dr driving academy yg aku belajar uh call..
test jpj pada 24/8 CANCEL.! 7/9 tiada test..die kasi aku choice 14/9,21/9..huhh!
*test jpj cume ada hari rabu sahaja..
macam mane nie??????
12/9 aku start sem baru...

"mknanya test jpj aku tergantung smpai tarikh yg xdiketahuai nnt ke???"

"xkan nk tunggu smpai cuti sem???"

"aku da abes latihan,cmne lau nnt aku lupew tros cner nk drive???"

waaaaa...bermacam2 bnde bermain dalam pemikiran ak skrg nie..huhu..

mang suuuuuwwweeee la ko..!!~ =.=

*errr..panjang la pulak entry aku nie..huhu


Wednesday, August 10, 2011

Wednesday, August 3, 2011

kelebihan solat tarawih


Assalamualaikum wbt..

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


oleh itu, marilah kita semua sama-sama mengimarahkan masjid/surau untuk solat tarawih beramai-ramai..mudah-mudahan ramadhan kali ini akan memberi keberkatan dan pahala berlipat ganda kepada kita semua..insyaAllah...


Related Posts with Thumbnails