follower tercayunk

Sunday, November 6, 2011

kemeriahan hari raya korban di kelantan




tahun lepas berhari raya korban di rumah baru..
tahun ini berhari raya di kampung pulak di kota bharu dan pasir mas , kelantan..
suasana hari raya di KL memang sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan hari raya di kelantan..
bila cakap aje hari raya korban, ramai yang akan kata hari raya korban di kelantan sangat meriah..
iye ke??
malah ramai orang yang kata, hari raya korban di kelantan lebih meriah dari raya aidilfitri sendiri..
(iye ke lagi..???)
tp aku rase hari raya korban or aidilfitri..
kedua2nya pun sama meriah.. :)

meriah tak meriah tu tengok la sendiri macamana sesaknya jalan nk ke kelantan setiap kali perayaan tersebut..
untuk hari raya aidiladha ni, kami sekeluarga pulang ke kampung pada hari jumaat malam..
pkul12 malam , orang ramai tidur nyenyak di rumah..
tapi my dad pula tersangkut dalam jam yang panjang di highway karak..!
that 1st time in my life tgk jam yang teruk macam tu..!
entah sepanjang highway tu kot my dad hanya mampu lari 10km/j..
yela kot..sebab saya tidur masa tu..hik2
perjalanan ke kelantan dr KL yang sepatutnya mengambil masa 8jam dah jadi 12jam.!
my dad sure really tired..uhuhu

bila tiba je hari raya korban,
orang kampung sama2 tolong sembelih n lapah daging lembu..
wanita2 pula duduk di dapur sambil merewang dan bergosip..hik3
lepas je sembelih lembu, akan buat bekwoh..
sedara mara,dan orang kampung dijemput..
n sebelah malam pulak akan ada tahlil untuk ahli keluarga yang sudah tiada..


itu jela kemeriahan aidiladha di kelantan yang aku dapat berkongsi dengan korang semua.
sama je kan sambutan nya di tempat korang?
tak kesah dimana2 pun kita sambut..
kemeriahan tetap dirasa..
betul tak?




lastly from me..selamat hari raya aidiladha..
kalau makan daging lembu jangan lupa kita ;)

bekwoh = kenduri dalam loghat kelantan.. :)


No comments:

Related Posts with Thumbnails