follower tercayunk

Tuesday, February 8, 2011

kita tidur dulu..!!


Sering tertanya-tanya, adakah waktu malam sahaja dapat tidur yang nyenyak? Nak cukupkan tempoh kita tidur dalam purata sehari? Waktu lain boleh ke? Kadang-kadang, kita nak study malam, tak kira la cara burung hantu ke, ayam jantan ke, ayam betina ke, atau apa-apa sahaja cara yang kita tau, tapi kita tetap memerlukan rehat yang cukup supaya otak kita dapat melakukan maintanance untuk esok hari. Jadi, bagaimana untuk mendapat rehat pada waktu siang yang cukup?


Merujuk Majalah Solusi isu 17, dalam artikelnya, A Morning Person, pengarang menulis tentang tidur Qailulah. Tidur Qailulah bermaksud tidur sebentar kira-kira 30 minit hingga sejam sebelum masuk waktu zohor. Tidur ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w kerana kebiasaannya Rasulullah tidur sebentar sebelum zohor. Tidur ini mampu untuk menyimpan tenaga pada sebelah malamnya sebanyak tiga kali ganda. Oleh sebab itu, ramai pelajar cemerlang boleh berjaga malam, siang malah kedua-duanya sekali!

Jadi, dapatkanlah rehat anda secukupnya agar anda boleh hidup bahagia berseri segar-bugar menyambung kerja atau belajar tanpa rasa ngantuk, penat, dan rasa nak 'qada' tidur balik.


P/S: Tapi jangan tidur dari pukul 12am hingga 12pm, OK?



No comments:

Related Posts with Thumbnails