follower tercayunk

Monday, February 21, 2011

wira malaysia :Azizulhasni

SERPIHAN kayu tujuh inci daripada trek tertusuk di betis kiri Azizulhasni dalam perlumbaan di Manchester awal pagi, semalam.


MANCHESTER, England - AZIZULHASNI Awang sudah lama ada ‘sifat pahlawan’ dalam dirinya - mahu menang dengan apa cara sekali pun - jika ada ruang memecut dan awal pagi semalam gelagat itu hampir membawa padah pada diri jaguh trek negara itu.

Anak muda dari Terengganu itu terbabit dengan pelanggaran teruk membabitkan tiga pelumba lain dalam final acara keirin di Kejohanan Trek Siri Piala Dunia di Manchester yang berakhir dengan serpihan kayu tujuh inci daripada trek tertusuk di betis kirinya, semalam.


Sekalipun terjatuh, dia tetap bangun mengayuh ke garisan penamat dan hanya sedar kesakitan itu selepas menamatkan perlumbaan sebelum dibawa ke hospital dan tidak dapat naik ke podium untuk menerima pingat gangsa.

Emas dimenangi juara Olimpik dan pencabar sengitnya dari Britain, Chris Hoy yang tidak terbabit dalam pelanggaran itu. Apapun, penawar duka adalah Azizulhasni muncul juara keseluruhan siri Piala Dunia acara berkenaan kali ini.

Semalam, jaguh pecut trek negara itu selamat menjalani pembedahan dan menurut Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) tiada kecederaan serius melanda ikon sukan negara itu.

sumber dipetik dari : berita harian online

izinkan anis wat ulasan ckit ok..

anis terharu giler baca petikan berita nie..bkn stakat berita harian jep..kosmo..utusan on9 sume anis bace tuk tawu perkembngan azizulhasni..

anis tabik la ngn semangt yg ade kt dr azizulhasni..byngkan la dlm kesakitan beliau masih boleh bangun meneruskan perlumbaan..byngkan jugak klu die xde semngt mcm nie..musti dye da kalah merebut gelaran juara keseluruhan siri piala dunia..


kepada azizulhasni...

tahniah.! anda sgt hebat..anis sgt kagum ngn semngt yg ade pd dr anda..anis doakan anda supaya cepat sembuh..dan meneruskan perjuangan anda dalam sukan lumba basikal..anis menyokong anda dr blkg.! go azizulhasni.! :)


too all malaysian..

contohi la semngt yg ade dlm dr azizulhasni..jgn cepat putus asa n menyerah kalah..do the best on ur life..ok?

jadikan azizulhasni as my idola.. :)


No comments:

Related Posts with Thumbnails